Saturday, September 20, 2014

Pengaruh Budaya Melayu Dalam Bidang Politik, Ekonomi dan Sosial

1.0 PENGENALAN

Budaya Melayu telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri terutamanya dalam hal politik, ekonomi dan sosial. Kita akan cuba mengupas setiap bidang tersebut bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik mengenai contoh-contoh pengaruh budaya melayu dalam bidang tersebut.

1.1 BIDANG POLITIK

Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu juga mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersendiri. Hal ini dapat diperhatikan dalam buku sastera sejarah seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Hang Tuah. Sistem ini menunjukkan wujudnya organisasi dalam masyarakat Melayu zaman dahulu serta berjalan untuk satu tempoh yang lama.

Rujuk rajah 1.1.1 dibawah :


Rajah 1.1.1 Sistem pemerintahan masyarakat Melayu tradisional

RAJA 
  • Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam organisasi
  • Mempunyai kuasa dan wibawa
  • Tunggak dalam menyatupadukan rakyat
  • Memelihara keamanan dan kemakmuran negeri

PEMBESAR
  • Bukan golongan kerabat diraja
  • Kebiasaannya, dilantik secara turun-temurun
  • Dianugerahkan oleh raja suatu kawasan pegangan yang menjadi sumber pendapatannya
  • Mengutip cukai dan mengawal tenaga manusia

RAKYAT
  • Terdiri daripada pedagang dan peniaga
  • Terdapat juga mereka yang menjadi tukang mahir dan petani
  • Masyarakat peribumi  yang tinggal tetap di sesebuah kawasan
  • Menjadi pengikut pembesar peringkat pusat dan jajahan

HAMBA

  • Terbahagi kepada tiga iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa
  • Menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah



1.2 BIDANG EKONOMI

Dalam bidang pekerjaan, masyarakat Melayu telah mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri dan kegiatan ekonomi komersial.


EKONOMI SARA DIRI
Ekonomi sara diri bertujuan untuk menampung kehidupan seharian. Dalam erti kata lain, hasil kegiatan digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga sahaja. Sekiranya terdapat lebihan barulah akan dijual dan hasil jualan tersebut akan digunakan unutk membeli barang asas keperluan yang lain.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah :
  1. Pertanian
  2. Perikanan
  3. Berburu
  4. Ternakan
EKONOMI KOMERSIAL
Kegiatan ekonomi komersial merupakan suatu pembaharuan yang berlaku dalam kegiatan ekonomi masyarakat Melayu iaitu daripada pertanian kepada komersial. Kegiatan ini semakin berkembang apabila pihak penjajah mula campur tangan dalam pentadbiran negara. Antara aktiviti yang terlibat ialah :
  1. Perlombongan
  2. Pertanian Dagangan
  3. Perhutanan


1.3 BIDANG SOSIAL

KESENIAN

Tarian Zapin - Dikatakan berasal dari Parsi. Tarian ini diiringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju Melayu.

Rajah 1.3.1 Tarian Zapin
Ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tarian zapin ini ? KLIK SINI !


SENI TAMPAK

Seni anyaman - Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa tumbuhan yang telah dikeringkan.Contoh hasil seni anyaman ialah topi, tudung saji, bakul dan tikar anyaman.

Rajah 1.3.2 Seni anyaman

PAKAIAN TRADISIONAL 

Baju kurung - Seringkali menjadi pilihan wanita Melayu sama ada ke majlis rasmi mahupun pakaian harian. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada si pemakai.

Rajah 1.3.3 Pakaian tradisional 







No comments:

Post a Comment